Pasukan Polis berjaya tangkap penyeludup rokok

Pasukan Polis berjaya tangkap penyeludup rokok

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun telah ditahan kerana cuba untuk menyeludup sebanyak 18 karton rokok pelbagai jenis dari negara jiran ke negara ini.

Tangkapan itu telah dilakukan oleh Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei, di Kawasan Kampung Lumapas.

Lelaki berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut dan rokok-rokok dirampas untuk dijadikan sebagai bahan bukti di Balai Polis Kampong Ayer.

Pasukan Polis turut menasihatkan orang ramai agar jangan terlibat dengan sebarang aktiviti penyeludupan dan segera untuk melaporkan ke talian kecemasan 993 dan Balai Polis yang berdekatan jika terlihat sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA