Pasukan QAF benam JPMC 87-70

Pasukan QAF benam JPMC 87-70

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Meskipun mendapat tentangan hebat Pasukan QAF Brunei Sdn Bhd berjaya membenam Pasukan Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) 87-70 dalam perlawanan Bola Keranjang NBT Kejohanan Sukan Ria Antara Syarikat, petang tadi.

JPMC terpaksa akur dengan semangat barisan pemain QAF dalam perlawanan kedua setelah tewas kepada Pasukan Bank Standard Chartered tempoh hari.

Sebaik wisel dibunyikan, QAF tampak garang dengan serangan demi serangan untuk memastikan mata penuh dibawa pulang sebagai suntikan semangat untuk berhadapan Pasukan Yuan Thong Enterprise, 23 April ini.

Pasukan Yuan Thong Enterprise turut langkah kanan apabila berjaya membelasah Pasukan Bengkel Kereta Berakas 92-47 ketika semua pasukan Kumpulan C sudah membuka tirai perlawanan dan masih mempunyai peluang untuk mara ke peringkat seterusnya.

Antara aksi menarik pasukan yang menyertai kejohanan petang tadi.
Antara aksi menarik pasukan yang menyertai kejohanan petang tadi.

Sebanyak 18 pasukan bersaing di dalam tiga kumpulan pada peringkat awal kejohanan di Dewan Bola Keranjang Batu Bersurat kali ini.