Pasukan QP-JPD juara KKC Kem. Perhubungan

Pasukan QP-JPD juara KKC Kem. Perhubungan

Oleh Siti Nur Wasimah S & Sim Y.H

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Pasukan QP-JPD dengan membentangkan projek bertajuk Queue Panjang berjaya menewaskan lima pasukan lain untuk muncul juara bagi Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) peringkat Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun ini.

Dalam majlis yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan, hari ini, pasukan berkenaan membawa pulang wang tunai $1,500, piala iringan dan sijil penyertaan.

Sementara itu, tempat kedua disandang oleh pasukan MATAHARI dengan projek Pembayaran Sewa Peti Surat Yang Tertunggak, dan diikuti oleh pasukan PRIHATIN dengan tajuk projek Program Latihan Ke Arah Mencapai 100 jam kurang berkesan, yang mana masing-masing menerima wang tunai $750 dan $400 berserta piala iringan dan sijil penyertaan.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Turut hadir ialah para pengarah, ketua-ketua jabatan serta pegawai kanan dan kakitangan di kementerian berkenaan.

Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menyampaikan piala dan hadiah kepada Pasukan QP-JPD dengan membentangkan projek bertajuk Queue Panjang yang muncul juara bagi Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) peringkat Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun ini. – Gambar oleh Sim Y.H.

Pasukan MATAHARI yang menduduki tempat kedua menerima hadiah mereka daripada Yang Berhormat Pehin.
Pasukan MATAHARI yang menduduki tempat kedua menerima hadiah mereka daripada Yang Berhormat Pehin.
Awang Abdul Mutalib semasa melancarkan majlis.
Awang Abdul Mutalib semasa melancarkan majlis.

Sebanyak enam pasukan dari Jabatan Laut, Jabatan Pelabuhan-pelabuhan, Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Perkhidmatan Pos membentangkan projek-projek mereka di majlis berkenaan.

Majlis KKC peringkat Kementerian bagi Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah dilancarkan di sebelah pagi tadi oleh Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof.

Pemangku Pengarah Korporat, Awang Tasad bin Haji Tamam dalam ucapannya menjelaskan, pada peringkat awal pertandingan telah disertai oleh 16 buah kumpulan dan hanya enam pasukan yang berjaya menyertai KKC tahun ini.

Pasukan QP-JPD menyampaikan projek mereka.
Pasukan QP-JPD menyampaikan projek mereka.

Kepentingan KKC ini adalah bertindak sebagai penjana pembaharuan, memperbaiki kelemahan-kelemahan, kekurangan dan berupaya memberikan nilai-tambah terhadap usaha-usaha penyelesaian masalah menurut perubahan dan kehendak semasa.

Sebarang pembaikan ataupun penyelesaian masalah melalui istilah ini akan memberikan kesan positif kepada Kementerian Perhubungan yang banyak memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.

Di samping itu, kaedah penyelesaian secara KKC ini diharap akan dapat membantu dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan dan kekurangan dalam kementerian dan jabatan melalui kaedah yang logik dan praktikal serta peningkatan usaha di samping memenuhi hasrat orang ramai yang sentiasa ingin mendapatkan perkhidmatan yang lebih cekap, cepat, berkualiti dan penuh rasa pemedulian.

ARTIKEL YANG SAMA