Pasukan renang raih tiga pingat di Hong Kong

Pasukan renang raih tiga pingat di Hong Kong

Oleh Mohd Fadillah bin Haji Imran

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Sept – Pasukan renang Negara Brunei Darussalam berjaya membawa pulang tiga pingat setelah menyertai Kejohanan Renang Berirama Pan Asia dan Pertandingan Terbuka Renang Berirama ke-11 Hong Kong.

Dalam kejohanan yang berlangsung dari 28 hingga 31 Ogos itu, Lim Guan Fan Jacqueline berjaya meraih pingat perak dalam acara bebas Solo dan pingat gangsa dalam acara Teknikal Solo. Atlet termuda pasukan, Natasha Adriana Batrisyia binti Mohd Fadillah berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam gaya bebas.

Jurulatih pasukan, Anna Muin berkata, beliau berbangga dengan pencapaian kedua-dua atlet yang berlatih dengan gigih sebagai persediaan untuk pertandingan ini dan beliau amat gembira dengan keputusan mereka.

Lim Guan Fan dan Natasha Adriana bergambar dengan pingat mereka.
Lim Guan Fan dan Natasha Adriana bergambar dengan pingat mereka.

Beliau juga menyatakan pertandingan seperti ini bukan hanya bertindak sebagai pendedahan kepada atlet tetapi juga sebagai motivasi kepada mereka untuk melakukan yang lebih baik pada masa depan.

Masa depan pasukan renang berirama di negara ini nampak cerah kerana kedua-dua atlet mula berlatih untuk pertandingan yang akan diadakan Oktober nanti.