Pasukan Saiyidina Othman juarai Sukan Ria SUPAPANB

Pasukan Saiyidina Othman juarai Sukan Ria SUPAPANB

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mac – Pasukan Saiyidina Othman muncul juara keseluruhan bagi Sukan Ria Tahunan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah (SUPAPANB) yang diadakan di Padang Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Mentiri baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah guru besar sekolah berkenaan, Pengiran Siti Irda binti Pengiran Haji Aliuddin.

Sukan tahunan yang disertai oleh murid-murid ugama dari darjah pra hingga enam itu dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Rumah Saiyidina Abu Bakar, Rumah Saiyidina Umar Al-Khattab, Rumah Saiyidina Othman dan Rumah Saiyidina Ali. Turut diadakan ialah acara sukan bagi guru-guru sekolah berkenaan.

Acara tersebut juga bertujuan memupuk kesedaran terhadap penjagaan kesihatan kepada murid-murid menerusi aktiviti sukan, di samping menjadi wadah merapatkan hubungan antara murid dan guru-guru. – H J Rahim

Tetamu kehormat ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
Tetamu kehormat ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

ARTIKEL YANG SAMA