Pasukan Semba...

Pasukan Sembatang adakan riadah berbasikal

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Sempena Program Bandarku Ceria yang dijalankan setiap Ahad, Pasukan Sembatang dari Kampung Luagan Dudok, Daerah Tutong buat julung kalinya mengambil kesempatan mengadakan aktiviti berbasikal, kelmarin.

Aktiviti berbasikal itu bermula dari Padang Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien sehingga ke kawasan Bangunan Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya kembali lagi ke Padang Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Ekspedisi berbasikal tersebut melibatkan seramai 12 orang peserta dari Pasukan Sembatang yang baru sahaja ditubuhkan.

Menurut salah seorang ahlinya, Haji Muhammad Arif bin Haji Metali, pasukan tersebut terdiri daripada sahabat-sahabat serta ahli keluarga yang berminat dalam bidang sukan berbasikal.

Pasukan Sembatang, Luagan Dudok bergambar kenangan semasa mengadakan aktiviti berbasikal sempena Program Bandarku Ceria yang diadakan kelmarin.
Pasukan Sembatang, Luagan Dudok bergambar kenangan semasa mengadakan aktiviti berbasikal sempena Program Bandarku Ceria yang diadakan kelmarin.

Oleh itu, untuk me-realisasikan minat masing-masing dalam bidang sukan ini, mereka telah menubuhkan Pasukan Sembatang Luagan Dudok. Keahlian kumpulan tersebut juga terbuka kepada penduduk Luagan Dudok dan orang ramai yang berminat untuk ikut serta.

Beliau berharap aktiviti berbasikal ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan seterusnya mendapat sambutan para peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Pasukan Sembatang dan seterusnya dapat bekerjasama dengan pasukan-pasukan pengayuh basikal lain di negara ini.