Pasukan SOBD muncul juara

Pasukan SOBD muncul juara

Oleh Pengiran Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Pasukan Special Olympic Brunei Darussalam (SOBD) muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Special Olympic Borneo ke-8 2015 yang berlangsung di Berau, Kalimantan, Indonesia.

Pasukan negara di bawah bimbingan ketua jurulatih, Haji Johari bin Ariff berjaya menewaskan Pasukan Special Olympic Berau dengan jaringan 2 berbalas 0.

Ketua delegasi negara ialah Haji Ismail bin Haji Mohamad manakala jurulatih ialah Awang Ridzuan bin Abdullah.

Kejohanan tersebut disertai oleh tiga negara iaitu Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia dengan membabitkan lima pasukan iaitu SOBD, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

Pasukan SOBD bergambar ramai sebelum berlepas pulang ke tanah air.
Pasukan SOBD bergambar ramai sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Kejohanan Piala Special Olympic Borneo 2015 telah berlangsung sejak 19 hingga 21 November dan pasukan SOBD selamat tiba di tanah air pada hari ini.

Acara tahunan itu dihoskan di Brunei oleh SOBD pada 2011 dan skuad negara pernah muncul juara pada 2012 serta mendapat tempat kedua masing-masing pada 2011 dan 2013.

Sembilan orang pemain SOBD ialah Mohd Saifuddin Hafiz bin Abdullah Shaiful, Muhammad Razali bin Haji Midin, Mohammad Nadihie bin Haji Abas, Muhd Rizqi Rahim Jaffari, Muhammad Rafi bin Muhammad Erwandy, Mohammad Nizam Zulhilmi bin Hussin Shah, Muhammad Razali bin Haji Maidin, Muhammad Hadi Zulhilmi bin Nirwan dan Muhammad Husaini bin Muhammad Erwandy.

ARTIKEL YANG SAMA