Pasukan sofbol wanita terima tajaan Classic Bootcamp

Pasukan sofbol wanita terima tajaan Classic Bootcamp

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Pasukan Sofbol Wanita Masters Brunei Darussalam semalam menerima tajaan baju polo daripada Classic Bootcamp Sdn Bhd yang disampaikan oleh pengasasnya, Jude Ezeagu.

Menerima tajaan berkenaan bagi pihak Pasukan Sofbol Masters Wanita Brunei ialah ketua pasukan yang juga merupakan pengurus pasukan, Dayangku Rohhayati binti Pengiran Haji Hassan yang antaranya menegaskan rasa berbesar hatinya terhadap tajaan tersebut.

Beliau mewakili seluruh pasukan mengalu-alukan mana-mana pihak yang berkesudian untuk menyumbangkan keperluan dana berbentuk kewangan bagi keperluan mereka di sana nanti. Pasukan sofbol ini akan menyertai Kejohanan Asian Masters 2016 yang bakal diadakan di Indonesia pada bulan Ogos ini nanti.

Majlis penyerahan tajaan kepada Pasukan Sofbol Wanita Masters, baru-baru ini.
Majlis penyerahan tajaan kepada Pasukan Sofbol Wanita Masters, baru-baru ini.