Pasukan Sri Lanka terima cenderahati dari Imperial Sports

Pasukan Sri Lanka terima cenderahati dari Imperial Sports

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Pasukan Bola Jaring Kebangsaan daripada Sri Lanka telah menerima cenderahati berupa jersi bola jaring daripada Imperial Sports hari ini. Penyampaian cenderahati yang telah berlangsung di Citis Square petang tadi telah disempurnakan oleh Pengurus Kedai Imperial Sports, Haji Yadie bin Haji Bakri.

Pasukan Sri Lanka telah berada di Negara Brunei Darussalam bermula pada 30 April yang lalu sehingga 8 Mei ini untuk perlawanan persahabatan bersama dengan Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Brunei bagi persediaan kumpulan Brunei untuk pertandingan bola jaring di Sukan SEA di Singapura.

Imperial Sports juga telah menaja jersey istimewa bagi Kumpulan Bola Jaring Kebangsaan Brunei bagi Sukan SEA yang akan berlangsung dari 31 Mei sehingga 7 Jun nanti.

Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Sri Lanka bergambar ramai di depan Imperial Sports.
Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Sri Lanka bergambar ramai di depan Imperial Sports.

ARTIKEL YANG SAMA