Pasukan Target juarai bola jaring MSPDB

Pasukan Target juarai bola jaring MSPDB

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah hari ini berkenan berangkat menyertai pasukannya IVY League dalam Kejohanan Bola Jaring Terbuka anjuran Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MSPDB).

Setelah selesai empat perlawanan suku akhir, Pasukan Target akhirnya muncul juara kejohanan apabila mengalahkan Pasukan Ivy League dengan mata 16-12.

Pasukan Target dalam kejohanan itu telah menewaskan pasukan Team X (15–4), Sunshine Netterz (18-5), Sakura (17-3), Zero1 (13-4) dan Skidz United (13–7) di peringkat kumpulan.

Sementara itu, Pasukan Ivy League dalam perlawanan peringkat kumpulan menumpaskan pasukan MSPDB (10–2), Varsity (9-6), Cosmic (16-1), Sixty Nine 69 (11-9) dan 10 Plus Squad (10-6).

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan menerima hadiah bagi pihak Pasukan Ivy League di majlis itu.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan menerima hadiah bagi pihak Pasukan Ivy League di majlis itu.
Yang Teramat Mulia berkenan bergambar ramai bersama sebahagian besar pasukan yang terlibat dalam perlawanan akhir.
Yang Teramat Mulia berkenan bergambar ramai bersama sebahagian besar pasukan yang terlibat dalam perlawanan akhir.

Kedua-dua pasukan mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan masing-masing dan pada peringkat separuh akhir Ivy League menewaskan Pasukan Zero1 dengan jaringan 20-4 sementara Pasukan Target pula menewaskan Pasukan Sixty Nine 69 dengan mata 13-5. Sebelum perlawanan akhir, perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat berlangsung yang berpihak kepada Pasukan Sixty Nine 69 yang menewaskan Pasukan Zero1 dengan jaringan 16-10.

Menyampaikan hadiah di majlis yang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah Ibu Pejabat Polis Gadong itu ialah isteri Pemangku Pengarah Logistik, Dayangku Rosmini binti Pengiran Haji Muhiddin.

ARTIKEL YANG SAMA