Pasukan Turki bertempur dengan pemberontak Kurdish

Pasukan Turki bertempur dengan pemberontak Kurdish

DIYARBAKIR, Turki, 15 Mac (AFP) – Pasukan keselamatan Turki bertempur dengan para pemberontak di bandar utama tenggara yang didominasi Kurdish hari ini, beberapa hari selepas pengeboman maut di Ankara yang kerajaan salahkan ke atas Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Berperang menggunakan senjata automatik dan pelancar roket telah dilakukan pagi hari ini di daerah Baglar bandar Diyarbakir, sebahagian tempat yang telah dikenakan perintah berkurung, lapor jurnalis AFP. Sumber keselamatan mengatakan seorang pegawai polis dan tiga ‘pengganas’ telah terbunuh, manakala 10 orang awam cedera.

Turki telah melancarkan serangan ke atas PKK di beberapa bahagian Diyabakir sejak Disember, namun ini adalah pertama kali pertempuran itu telah merebak ke Baglar.