Pasukan Ukur A juara

Pasukan Ukur A juara

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Pasukan Ukur A dinobatkan sebagai juara di dalam Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2016.

Ukur A berjaya menumpaskan Pasukan Tanah apabila memenangi kesemua lima perlawanan untuk menjuarai kejohanan berformat kumpulan itu di Gelanggang Bola Jaring Sekolah Sukan Brunei Darussalam di Berakas.

Pada perlawanan akhir menyaksikan pencabar utama Pasukan Ukur A iaitu Pasukan Tanah gagal menundukkan lawannya dan terpaksa akur dengan kekalahan 19-6.

Pada perlawanan pertama, Ukur A menewaskan Ukur B dengan jaringan 12-5, sebelum menumpaskan JASTRe dengan mata 11-5 diikuti dengan perlawanan menentang Pasukan Tanah yang berpihak kepada Pasukan Ukur A dengan mata 17-2.

Pasukan Ukur A yang dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2016.
Pasukan Ukur A yang dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2016.

Ukur A kemudiannya menewaskan Pasukan DTS dengan mata 13-1 sebelum menewaskan Pasukan DME dengan mata 17-1 untuk mengesahkan kejuaraan diikuti dengan perlawanan khas menentang Pasukan Tanah di antara pasukan teratas dan kedua kejohanan kali ini.

Hadir menyempurnakan hadiah adalah isteri Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Datin Dr Hajah Junaidah binti Haji Abu Bakar.

Tampil tempat ketiga dalam kejohanan itu adalah Pasukan Ukur B, diikuti oleh Pasukan JASTRe di tempat keempat, Pasukan DTS di tempat kelima dan DME di tempat keenam dalam kejohanan kali ini.

ARTIKEL YANG SAMA