Pasukan UNISSA berlepas ke Kota Kinabalu

Pasukan UNISSA berlepas ke Kota Kinabalu

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) akan menyertai lima acara sukan dalam Kejohanan Sukan Persahabatan Staf Institut Pengajian Tinggi (IPT) Borneo 2016 di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sehubungan dengan itu seramai 14 orang atlet UNISSA telah berlepas menuju Kota Kinabalu, Sabah petang tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Hadir bagi mengucapkan selamat belayar dan selamat berjaya kepada mereka ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal dan Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

Pada kejohanan empat hari pada 19-22 April berkenaan yang akan disertai 14 buah IPT dari Sabah, Sarawak, Kalimantan dan Brunei Darussalam itu, UNISSA akan menyertai acara sukan golf, ping pong, boling tenpin, badminton dan futsal.

Dr. Hj Norarfan ketika mengucapkan selamat belayar kepada kontinjen UNISSA ke Kejohanan Sukan Persahabatan Staf IPT Borneo 2016.
Dr. Hj Norarfan ketika mengucapkan selamat belayar kepada kontinjen UNISSA ke Kejohanan Sukan Persahabatan Staf IPT Borneo 2016.

ARTIKEL YANG SAMA