Pasukan veteran uji kebolehan di Manila

Pasukan veteran uji kebolehan di Manila

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Pasukan bola keranjang veteran Negara Brunei Darussalam akan menguji kebolehan mereka menentang pasukan-pasukan veteran yang bakal beraksi di Kejohanan Bola Keranjang Veteran ASEAN yang akan berlangsung pada 21 hingga 26 Ogos nanti di Manila, Filipina.

Pasukan veteran negara yang dianggotai oleh pemain-pemain yang berpengalaman iaitu Ang Eng Kee selaku kapten pasukan, Yeo Ting Seer, Wong Pay Lay, Lim Peng Kok, Chua Teck Chee, Tian EngJee, Ken Kho, Goh Kim Tiam, Lim Siong Hin, Lim Ching Swee, Tan San Chok dan Robert Cheng, akan menentang pasukan dari Filipina, Malaysia, Indonesia dan Thailand di kejohanan itu nanti.

Kapten pasukan, Ang Eng Kee berkata bahawa pasukannya bertekad untuk memberikan saingan yang terbaik semasa kejohanan itu dan berharap untuk memperbaiki lagi kedudukan serta mara ke pusingan seterusnya di kejohanan itu nanti.

Mereka menyasarkan untuk sekurang-kurangnya menduduki tempat ketiga dalam kejohanan di mana pasukan-pasukan lain yang beraksi merupakan pasukan yang dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman.

Pasukan Veteran Brunei Darussalam bergambar ramai dengan Sharon Voon  yang menyerahkan tajaan jersi oleh Linktech Sdn Bhd kepada kapten pasukan, Ang Eng Kee sebelum perlawanan persahabatan bermula diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Gadong, kelmarin.
Pasukan Veteran Brunei Darussalam bergambar ramai dengan Sharon Voon yang menyerahkan tajaan jersi oleh Linktech Sdn Bhd kepada kapten pasukan, Ang Eng Kee sebelum perlawanan persahabatan bermula diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Gadong, kelmarin.

Beliau menambah bahawa pasukannya sedang berusaha untuk memperbaiki lagi keserasian corak bermain berpasukan mereka dan menyatakan penghargaan di atas sokongan berterusan yang diberikan oleh semua pihak.

Sebagai pembakar semangat bagi pasukan veteran itu, pasukan itu menerima tajaan jersi yang disumbangkan oleh Linktech Sdn Bhd di mana tajaan jersi itu disampaikan oleh wakil pemilik Linktech, Sally Voon bagi pihak Malcolm Lau kepada Ang Eng Kee.

Sementara itu, sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan itu, pasukan veteran negara telah mengadakan perlawanan bola keranjangan persahabatan dengan pasukan media dan rakan-rakan (M&F) yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Batu Bersurat, Gadong, kelmarin.

Perlawanan persahabatan itu selain daripada sebagai persediaan akhir bagi pasukan veteran kebangsaan, ia juga dihasratkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pemain.

ARTIKEL YANG SAMA