Pasukan Veteren Brunei juara HMFC 2016

Pasukan Veteren Brunei juara HMFC 2016

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Pasukan Veteren Brunei dinobatkan sebagai juara sekali lagi selepas berjaya menewaskan Pasukan MG Rovers dari Singapura dalam Kejohanan Master HMFC Tournament 2016 yang diadakan di Dataran Bandar Raya Johor.

Pada kejohanan tersebut, Pasukan Veteren Brunei mendahului perlawanan dengan mata 1-0, tetapi tidak lama kemudian pasukan lawan menyamai kedudukan dengan mengikat kedudukan 1-1.

Walau bagaimanapun, Pasukan Veteren Brunei tampil bangkit dengan menjaringkan gol pada minit tambahan penalti dan mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 3-1.

Sementara pada perlawanan peringkat kumpulan utama pula, pasukan tersebut berjaya memenangi tiga perlawanan, kalah dalam pusingan kedua menewaskan menewaskan pasukan tuan rumah HMFC 1-0 dan pada separuh akhir sekali lagi memenangi perlawanan dengan menewaskan Tiger White 2-0.

Selepas berjaya dinobatkan sebagai juara sekali lagi selepas juara tahun lepas, pasukan itu menyasarkan kejuaraan kejohanan lain tahun depan untuk menjadikannya Hatrick dan berharap akan mendapat sedikit sokongan daripada sektor swasta dalam bentuk penajaan.

Pada perlawanan lain, Pasukan Veteren Brunei berada dalam Kumpulan A bersama-sama dengan Pasukan Palembang All Stars, Balik Papan All Stars dan MG Rovers.Kumpulan B pula terdiri daripada Tiger White FC, Samarinda All Stars, HMFC Johor dan Al Falah FC. Manakala pasukan dalam Kategori Masters Kumpulan A pula ialah  MG Rovers, UKRC, Bharat Kop dan IRC N.Sembilan dan Kumpulan B ialah  JB China Amerika, RSUC, HMFC Johor dan Kulai UTD. – Lyna Mohamad