Pasukan VIC muncul juara

Pasukan VIC muncul juara

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Pasukan VIC muncul juara dalam Kejohanan Futsal Lima Orang Sepasukan anjuran Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) bagi merebut piala pusingan Pengarah JPD yang berlangsung semalam di Dewan Futsal, Jabatan Kerja Raya (JKR) Lapangan Terbang Lama, Berakas. Naib juara kejohanan itu diraih oleh Pasukan Lanjutan, tempat ketiga diduduki Pasukan Admin manakala tempat ketiga ialah Pasukan KBT FT.

Penjaring terbanyak kejohanan itu dimenangi Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dan pemain terbaik pula diraih Mohammad Noor Hidayah bin Yassin.Majlis penyampaian hadiah dan piala disempurnakan oleh Pengarah JPD, Dr Haji Sufry bin Haji Awang Ladi. Tujuan kejohanan itu adalah bagi memantapkan lagi silaturahim yang sedia terjalin di antara kakitangan JPD dan Kementerian Perhubungan.

Sesi bergambar ramai pada pemenang Kejohanan Futsal Lima Orang Sepasukan anjuran JPD.
Sesi bergambar ramai pada pemenang Kejohanan Futsal Lima Orang Sepasukan anjuran JPD.

ARTIKEL YANG SAMA