Pasukan Warisan Belait muncul juara

Pasukan Warisan Belait muncul juara

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 22 Nov – Pasukan Warisan Belait berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Sepak Takraw yang berlangsung di Dewan Serba guna Kampung Labi kelmarin.

Pertandingan tersebut anjuran Penduduk Kampung Labi 1 dan 2, seterusnya dimenangi tempat kedua oleh Pasukan Suka-Suka, manakala di tempat ketiga ialah Pasukan Polis Labi.Pertandingan itu merupakan salah satu daripada aktiviti penduduk Kampung Labi 1 dan 2 yang turut bertujuan untuk menarik minat kalangan belia di mukim itu terhadap sukan sepak takraw.

Selain itu ia juga untuk mengembangkan aktiviti sukan di mukim berkenaan, serta juga untuk lebih mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara penduduk di sana melalui aktiviti kesukanan dan sebagainya.Sebanyak tujuh buah pasukan menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan sepak takraw mengeratkan silaturahim antara penduduk melalui aktiviti kesukanan.
Pertandingan sepak takraw mengeratkan silaturahim antara penduduk melalui aktiviti kesukanan.

ARTIKEL YANG SAMA