Patah kaki tak halang Kerry berunding

Patah kaki tak halang Kerry berunding

WASHINGTON, 2 Jun (AFP) – Diplomat tertinggi John Kerry kekal fokus ke atas usaha mencapai perjanjian nuklear dengan Iran dan merancang untuk menyertai rundingan akhir pada lewat Jun meskipun patah kakinya dalam nahas ketika mengayuh basikal, menurut para pegawai Amerika Syarikat semalam.

Kerry tiba kembali di Boston dari Geneva dengan pesawat tentera C-17 ditemani oleh doktor peribadinya lewat semalam dan menuju “terus ke Hospital Umum Massachusetts bagi rawatan lanjut,” kata jurucakapnya John Kirby.

Kemalangan yang dalaminya pada Ahad lepas di pergunungan Alps Perancis berlaku tatkala Amerika berdepan pelbagai cabaran dasar asing, tetapi tidak akan menjejaskan rundingan Iran, kata para pemerhati.

Kerry yang berusia 71 tahun, merupakan seorang penunggang basikal berpengalaman, patah bahagian kanan tulang femur apabila basikalnya melanggar halangan ketika beliau memalukan pendakian berhampiran bandar Chamonix di Perancis.

Jurucakap Timbalan Jabatan Negara, Marie Harf, berkata Kerry berada dalam keadaan “bersemangat” semalam dan sudah pun bercakap dengan beberapa rakan sejawatannya dari Eropah untuk meminta maaf kerana terpaksa membatalkan penghentian di Madrid dan Paris.