Patah sayap bertongkat paruh

Patah sayap bertongkat paruh

MILAN, 21 Ogos (AFP) – Ketua eksekutif Juventus Beppe Marotta memberi amaran kehilangan pemain utama tidak akan menghentikan usaha mereka untuk menjulang scudetto kelima berturut–turut yang bermula Ahad ini dengan melayan kunjungan dari Udinese.

Gergasi Turin itu menjual midfield Andrea Pirlo (New York City FC) dan Arturo Vidal (Bayern Munich) dan penyerang Carlos Tevez (Boca Juniors) musim lalu.

Tetapi pasukan ‘Old Lady’ itu memberikan tindak balas bergaya dengan mendapatkan Sami Khedira (Real Madrid) secara percuma, Paulo Dybala (Palermo) dan Mario Mandzukic (Atletico Madrid) bersama pertahanan dari Brazil, Alex Sandro dari FC Porto semalam.

Marotta berkata seorang lagi ‘midfield terbaik’ akan menyertai kelab itu sebelum tarikh akhir perpindahan musim panas tetapi pada masa yang sama ‘optimis’ Juve sekali lagi muncul sebagai pasukan yang perlu dikejar musim ini.

“Pelepasan Tevez, Pirlo dan Vidal adalah signifikan tetapi tidak ada yang dapat kami lakukan dan hanya melihat keadaan dan bertindak dengan baik,” Marotta memberitahu La Gazzetta dello Sport.

Pemain Juventus meraikan kejayaan merangkul Piala Super Itali 8 Ogos lalu. – Reuters
Pemain Juventus meraikan kejayaan merangkul Piala Super Itali 8 Ogos lalu. – Reuters

Juventus (dua kali), Torino dan Inter Milan adalah pasukan di Itali yang memenangi lima gelaran liga berturut–turut. Marotta menambah: “Saya tidak tahu jika kami lebih kuat atau lemah berbanding musim lalu, tetapi Juve adalah Juve dan kami tidak akan ke mana–mana lagi tetapi terus di atas. Secara peribadi, saya optimis.”

Trofi liga keempat berturut–turut buat Juve musim lalu dilengkapkan dengan kemenangan Piala pertama mereka dalam tempoh 20 tahun dan kemunculan pertama dalam final Liga Juara–Juara sejak 2003.

Walaupun impian mereka untuk mengecapi tiga kemenangan Piala terus dihalang oleh Barcelona di Berlin, kejayaan mara ke final memberikan peningkatan terhadap Serie A di samping meningkatkan reputasi lama mereka sebagai pasukan yang perlu disegani di kalangan elit Eropah.

ARTIKEL YANG SAMA