Pato bergelut pikat Hiddink

Pato bergelut pikat Hiddink

COBHAM, 1 Mac (AFP) – Kedudukan Alexandre Pato (gambar) jatuh di belakang barisan pemain muda dalam hierarki skuad Chelsea yang memberi gambaran jelas mengenai keputusan menandatangani pemain kelahiran Brazil itu secara pinjaman, kata pengurus sementara, Guus Hiddink.

Pato, 26, dijangka berada di bangku simpanan menjelang pertemuan menentang Norwich City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi esok – sebulan selepas tiba dari Corinthians secara pinjaman dengan dia mengintai peluang mendapatkan kontrak secara tetap.

Bagaimanapun, dia bergelut meyakinkan Hiddink betapa dia memiliki sentuhan penyudah yang tajam dan pengendali kelahiran Belanda itu memberi gambaran bahawa dia lebih rela menyenaraikan pemain muda seperti Bertrand Traore dan Ruben Loftus-Cheek dalam skuadnya.

“Dia mahu bermain, kami kini mempunyai penyerang yang membuatkan persaingan sihat untuk jentera serangan. Diego Costa tetap penyerang nombor satu. Yang lain sudah menunjukkan peningkatan terutama Traore dan saya gembira dengan peningkatannya.

pg21_160302_b

“Biarpun dia masih muda dan yang lain mempunyai status, tetapi saya tidak hanya pandang perkara itu. Saya mencari pemain muda yang menunjukkan peningkatan, dia dan Loic Remy dalam kedudukan untuk bersaing.

“Pato belum bersedia untuk tempoh 90 minit tetapi dirasakan sudah boleh menjadi sebahagian daripada perlawanan. Saya mahu memberi peluang kepada pemain muda.

“Kita harap dia boleh memberi impak pada masa depan. Kami akan menghadapi banyak perlawanan selepas ini, adalah baik memiliki pemain secara pinjaman dalam situasi ini, jadi dia boleh menyesuaikan diri dengan kelab dan kelab boleh membuat penilaian terhadap prestasinya,” kata Hiddink.

ARTIKEL YANG SAMA