Patuh dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah

Patuh dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah

KUCHING, 27 Dis – Umat Islam perlu mematuhi ajaran Quran dan Sunnah sebagai panduan untuk memperkukuh kepercayaan mereka, kata Menteri Perumahan dan Pelancongan Negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata sambutan Maulidur Rasul adalah masanya umat Islam menggambarkan ajaran Nabi Muhammad. Adalah juga penting bagi umat Islam untuk mendalami pengetahuan mereka dengan berterusan membaca al-Quran, katanya pada majlis berzanji yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul di kediaman Tan Sri Abang Haji Ahmad Urai Datu Hakim di sini hari ini. – Bernama