Patuhi peraturan perintah keselamatan kebakaran

Patuhi peraturan perintah keselamatan kebakaran

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 23 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) melalui Bahagian Pencegah Kebakaran pagi tadi telah mengadakan Majlis Memberigakan Perintah Keselamatan Kebakaran 2016 di Dewan Utama, Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Hadir pada majlis itu ialah pengurus-pengurus kedai, pengurus bangunan atau bengkel, arkitek dan konsultan yang berada di Daerah Tutong.

Sesi taklimat disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Teknikal JBP, Pemangku Penguasa Kanan Bomba, Awang Taib bin Haji Abdul Kadir.

Antara inti pati yang disampaikan adalah mengenai sebahagian akta dendaan kesalahan seperti pili bomba, panggilan atau laporan palsu dan sistem perlindungan kebakaran dan sebagainya.

Oleh itu, penyampaian pemberigaan ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan maklumat fasa pertama kepada orang ramai khususnya pengurus bengkel, bangunan, kedai, arkitek serta konsultan mengenai penguatkuasaan peraturan-peraturan, kesalahan-kesalahan, amaran dan dendaan Perintah Keselamatan Kebakaran 2016.

Awang Taib ketika menyampaikan taklimat mengenai Pemberigaan Perintah Keselamatan Kebakaran 2016.
Awang Taib ketika menyampaikan taklimat mengenai Pemberigaan Perintah Keselamatan Kebakaran 2016.

Penguatkuasaan Perintah Keselamatan Kebakaran 2016 ini adalah untuk memudahkan Ease of Doing Business iaitu mengawal keselamatan kebakaran ke atas premis-premis perniagaan, kawalan kerja-kerja keselamatan kebakaran bagi membina bangunan baru, pengubahsuaian, tambahan dan sebagainya.

Selain itu, ia juga melibatkan kuasa-kuasa JBP untuk memasuki semua premis untuk pelbagai tujuan dan penguatkuasaannya.

JBP turut menyeru orang ramai agar mematuhi peraturan-peraturan yang sudah dikuatkuasakan dan tidak menyalahgunakan kebenaran yang telah diberikan oleh pihak berkuasa yang berkaitan seperti rumah-rumah persendirian untuk dijadikan tempat tinggal pekerja asing atau penempatan lain dijadikan tempat premis perniagaan tanpa kebenaran dari agensi-agensi yang berkuat kuasa.

ARTIKEL YANG SAMA