Patung Cheney didedahkan

Patung Cheney didedahkan

WASHINGTON, 4 Dis (AFP) – Salah seorang timbalan presiden berkontroversi dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) akan membuat kehadiran tetap di Washington selepas patung batu mar-mar Dick Cheney didedahkan semalam di US Capitol.

Cheney, 74 tahun, adalah timbalan presiden pada ketika serangan 11 September 2001 dan dilihat sebagai salah seorang orang paling berpengaruh dalam pentadbiran George W Bush.

Dalam tanda-tanda bahawa parut peperangan di Iraq dan era Bush telah gagal sembuh sepenuhnya, Timbalan Persiden pada masa ini, Joe Biden adalah satu-satunya Demokrat yang berada pada majlis itu.

“Kali terakhir saya muncul, saya digantung di Rumah Putih,” kata Bush merujuk kepada potret rasminya ditempatkan di Rumah Putih pada Mei 2012.

“Kali ini saya kembali dan mendapati naib presiden saya dipatungkan di Capitol.

“Minggu lalu saya beritahu ibu dan ayah bahawa saya datang ke sini bagi perasmian patung, ayah mengangkat kepala dan dia berkata “Kirimkan salam saya kepada penolong keras lama!”

Ayah Presiden Busuh, George H W Bush (Presiden 1989-1993) menyifatkan Cheney – setiausaha pertahanan beliau ketika perang Teluk 1991 – sebagai ‘penolong keras’ yang degil, dalam satu biografi.

ARTIKEL YANG SAMA