Patung lilin Hitler dikeluarkan

JAKARTA, 12 Nov – Sebuah muzium yang membenarkan pengunjung untuk mengambil gambar dengan patung lilin Hitler yang berlatarbelakangkan kem tahanan Auschwitz Nazi Jerman itu telah dikeluarkan dari muzium tersebut setelah mencetuskan kemarahan.

Menurut pegawai pemasaran Muzium The De Mata Trick Eye berkata, patung tersebut sudah dikeluarkan pada Jumaat lalu selepas mendapat kecaman dari sebuah pertubuhan hak asasi Yahudi yang berpangkalan di Los Angeles, Simon Wiesenthal Center.

Muzium itu mempunyai lebih 80 patung lilin yang terdiri dari tokoh-tokoh dunia termasuk patung Hitler yang telah dipamerkan sejak 2014 dan merupakan salah satu tempat yang paling popular di Jawa Tengah, Yogyakarta.

Hari ini, tempat penyimpanan patung lilin Hitler dan gambar Auschwitz sudah tidak kelihatan lagi.

Ini bukan kali pertama simbol dan ideologi Nazi menjadi ikutan di Indonesia, yang merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk Islam dan mempunyai sebilangan kecil sahaja komuniti Yahudi.

Kafe yang bertemakan Nazi juga terdapat di Bandung, di mana pelayannya menggunakan pakaian seragam SS dan telah mencetuskan kemarahan dan dilaporkan telah tutup awal tahun ini. – AP