Patung Pikachu jadi tumpuan di New Orleans

Patung Pikachu jadi tumpuan di New Orleans

NEW ORLEANS, 4 Ogos – Ketika kegilaan terhadap watak maya Pokemon Go dalam permainan berasaskan telefon pintar, kini patung Pikachu tiba-tiba muncul dan menarik perhatian di New Orleans.

Minggu lalu, seseorang meletakkan patung ikonik Pokemon, Pikachu, di tengah pancuran air pecah di sebuah taman di sini. Patung Pikachu itu dengan tangan dilipat, berdiri di atas tapak simen dengan Pokeball di sebelahnya.

Tulisan ‘POKEMONUMENT’ tertulis pada simen itu. Ramai peminat Pokemon menghantar gambar selfie dengan patung itu di media sosial, termasuk yang memakai kostum Pikachu.

Polis New Orleans memberitahu ABC News, mereka tidak bercadang untuk mengalihkan patung itu.

Patung Pikachu yang merupakan watak kegilaan ramai kini menjadi sebuah patung yang menarik perhatian kanak-kanak di New Orleans. - AP
Patung Pikachu yang merupakan watak kegilaan ramai kini menjadi sebuah patung yang menarik perhatian kanak-kanak di New Orleans. – AP

“Kanak-kanak adalah peminat dan saya hanya jenis geli hati bagaimana sesuatu yang berat boleh muncul begitu cepat,” kata seorang penduduk New Orleans, Jennifer Curry, yang datang bersama dua anaknya untuk melihat patung tersebut. Seorang kawan yang tinggal disekitarnya rumah mereka telah memberitahu mengenainya.

“Perkara yang menyeronokkan ialah ia mengumpul ramai orang. Ia adalah hampir sama seperti hari raya,” kata Reese. “Banyak daripada warga New Orleans datang.” – AP

ARTIKEL YANG SAMA