Patung Trump dibakar

Patung Trump dibakar

BANDAR MEXICO, 27 Mac (AFP) – Patung pesaing pilihan raya presiden AS Donald Trump – tokoh yang tidak disukai oleh kebanyakan rakyat Mexico – dibakar lewat semalam dalam perkembangan terkini pada ritual Holy Week.

Patung tersenyum ahli perniagaan jutawan Amerika dibakar ketika sebelum Easter “Burning of Judas” – satu tradisi yang mana orang Mexico membakar patung-patung jahat – dan patung orang terkenal yang tidak mereka sukai.

Kira-kira 200 orang menghadiri acara pada lewat semalam itu, yang mana patung berukuran dua meter menyerupai Trump yang mengenakan sut warna biru, baju putih dan tali leher merah, dibakar.

Pereka patung, Felipe Linares memberitahu AFP patung serupa Trump dipilih ‘kerana kami tidak menyukainya. Dia bercakap tidak baik tentang rakyat Mexico.” Dia merujuk kepada kenyataan taikun hartanah pada kempen yang menyifatkan penghijrah Mexico sebagai penjenayah dan perogol.