Paul Cox hembus nafas terakhir

Paul Cox hembus nafas terakhir

BRISBANE, Australia, 19 Jun (AFP) – Pembuat filem yang pernah memenangi anugerah dari Australia, Paul Cox telah meninggal dunia, menurut Australian Directors Guild hari ini. Dia berusia 76 tahun.

Guild tidak mendedahkan punca kematiannya, tetapi tahun lalu Cox pernah berkata hati yang dipindahkan telah dijangkiti barah.

Dia pernah mengarang dan mengarah filem 2015 ‘Force of Destiny’, yang dibintangi David Wenham, yang menyusuli perjalanan seorang lelaki menemui cinta ketika menanti pemindahan hati untuk menyelamatkan nyawanya.

Filem itu berdasarkan pertarungan Cox melawan penyakit barah sebelum pemindahan pada tahun 2009 yang mengundurkannya dari ambang maut.

Karya awalnya ialah filem cetera ‘Lonely Hearts” dalam tahun 1981, ‘Man of Flowers’ dalam tahun 1983 dan ‘My First Wife’ dalam tahun 1984 mendapat sanjungan di Australia dan antarabangsa.

Dokumentarinya termasuklah ‘Vincent: The Life and Death of Vincent van Gogh’ dalam tahun 1987 dan ‘The Diaries of Vaslav Nijinsky’ dalam tahun 2001.

Cox lahir pada 6 April 1940 di Venlo, di tenggara Belanda dan berhijrah ke Australia pada tahun 1965 sebagai jurugambar profesional. Penghargaannya yang pernah diterimanya termasuklah bagi 15 filem cerita dan 12 dokumentari.

ARTIKEL YANG SAMA