Paul Le Guen kemudi Nigeria

Paul Le Guen kemudi Nigeria

pg20_160720_d

ABUJA, 19 Julai – Nigeria melantik jurulatih kelahiran Perancis, Paul Le Guen (atas) bagi mengetuai kempen negara itu pada Piala Dunia 2018 Rusia ketika mereka diundi dalam kumpulan ‘maut’ bersama Algeria, Cameroon dan Zambia.

Le Guen yang pernah melatih skuad kebangsaan Cameroon menjadi pilihan berbanding calon lain termasuklah pengendali dari Belgium, Tom Sainfiet anddan Salisu Yusuf yang menjadi jurulatih sementara negara itu sejak Mei lalu.

“Paul Le Guen dilantik jurulatih Nigeria yang baru dan dia akan dibantu oleh Yusuf dan Imma Amakapabo dari Enugu Rangers,” umum jawatankuasa teknikal Nigeria, Paul Bassey sambil menambah maklumat lanjut mengenai kontrak terbabit akan ditambah kemudian.

Pernah membantu Cameroon melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 dan mengendalikan kelab Perancis, Lyon dan Paris Saint-Germain (PSG) serta skuad Scotland, Rangers tugasan terakhirnya ialah bersama Oman sebelum dipecat pada November 2015.

Pengendali berusia 52 tahun itu sering dikaitkan dengan tugas di Nigeria sejak beberapa bulan selepas jurulatih, Sunday Oliseh meletakkan jawatannya pada Februari lalu susulan dakwaan beberapa terma kontraknya sudah dilanggar termasuk pembayaran gaji.

Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) memberi pengesahan pembayaran gaji bagi jurulatih baru yang dipercayai sekitar AS$50,000 sebulan akan dibiayai oleh syarikat swasta selepas kerajaan berkata mereka tidak akan membayarnya. – AFP