PAWEK laksana kerja kemasyarakatan

PAWEK laksana kerja kemasyarakatan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) melalui unit sukarelawan Jawatankuasa Kerja Projek Amal Memeduli Warga Emas dan Keluarga Yang Memerlukan Bantuan (PAWEK), hari ini, telah menjalankan kerja kemasyarakatan di kediaman seorang bekas tentera di Perpindahan Mentiri.

Haji Abdul Ghani bin Mohd Ibrahim, 65, sebelum ini berusaha untuk menambah bilik di tingkat bawah rumahnya bagi memudahkan beliau dan isterinya menjalankan kehidupan seharian, namun terpaksa membatalkan hasratnya ekoran masalah kewangan.

Beliau tinggal bersama isterinya yang berusia 64 tahun dan tujuh orang anak.

Isterinya yang sudah uzur tidak dapat berjalan sejak empat tahun lalu disebabkan penyakit darah tinggi dan obesiti, dan pernah mengalami strok.

Ahli PAWEK turut melakukan kerja mengecat rumah dan membersihkan bahagian luar dan dalam rumah Haji Abdul Ghani.
Ahli PAWEK turut melakukan kerja mengecat rumah dan membersihkan bahagian luar dan dalam rumah Haji Abdul Ghani.
Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim ketika menyampaikan sumbangan makanan kepada Haji Abdul Ghani.
Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim ketika menyampaikan sumbangan makanan kepada Haji Abdul Ghani.

Pihak Yayasan telah membiayai sepenuhnya perbelanjaan menyiapkan sebuah bilik tidur, bilik air dan dapur berjumlah $4,950 bagi Haji Abdul Ghani dan isterinya.

PAWEK turut menyampaikan sumbangan berupa makanan asasi dan 60 kotak lampin pakai buang kepada Haji Abdul Ghani.

ARTIKEL YANG SAMA