PAWEK prihatin nasib warga emas

PAWEK prihatin nasib warga emas

Oleh Normazlina M.D

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) melalui Jawatankuasa Kerja Projek Amal Memeduli Warga Emas dan Keluarga Yang Memerlukan Bantuan (PAWEK) pagi tadi telah mengadakan kerja kemasyarakatan di kediaman Haji Muhammad bin Haji Lani di STKRJ Kampung Lugu.

Haji Muhammad, 52, merupakan bekas anggota tentera yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan mempunyai enam orang anak. Sebelum ini beliau tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Sinaut dan berpindah ke STKRJ Kampung Lugu pada tahun 2013.

Pada tahun 1992, beliau telah diserang strok setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kedua-dua kakinya terpaksa potong. Keadaan ini membuatkan beliau sukar untuk bergerak di rumah sendiri memandangkan bilik tidur beliau terletak di tingkat atas.

Bagi membantu beliau, Yayasan membiayai sepenuhnya perbelanjaan berjumlah $2,205 bagi membina sebuah bilik tidur dengan menggunakan kawasan yang sudah beratap iaitu di depan rumah beliau.

AHLI Lembaga Pengarah Yayasan selaku Pengerusi Bersama PAWEK, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud menghulurkan bantuan kewangan berjumlah $2,205 kepada Haji Muhammad bagi membiayai sepenuhnya pembinaan bilik tidur beliau. PAWEK terus memedulikan mereka yang memerlukan dengan menghulurkan bantuan kewangan, barangan asasi dan membina bilik tidur untuk bekas anggota tentera itu.

Haji Muhammad turut menerima sumbangan asasi harian.
Haji Muhammad turut menerima sumbangan asasi harian.
Ahli-ahli PAWEK turut membuat kerja-kerja amal di rumah Haji  Muhammad, di STKRJ Kampung Lugu.
Ahli-ahli PAWEK turut membuat kerja-kerja amal di rumah Haji Muhammad, di STKRJ Kampung Lugu.

Sehubungan itu, PAWEK dalam usahanya memeduli kesejahteraan warga emas khususnya mereka yang terdiri daripada golongan yang memerlukan bantuan telah melakukan kerja-kerja mengecat bilik tidurnya yang baru itu, membersihkan bahagian luar dan dalam rumah serta memindahkan peralatan-peralatan rumah dari bilik tidur lama ke tempat baru.

Bagi meringankan beban Haji Muhammad, Yayasan melalui PAWEK juga menghulurkan sumbangan sebanyak $200 dan makanan asasi.

Hadir menyampaikan sumbangan serta mengikuti aktiviti amal ini ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan yang juga Pengerusi Bersama PAWEK, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail; penghulu Mukim Sengkurong, ketua Kampung Lugu, para penolong pengarah urusan Yayasan, pegawai dan kakitangan Yayasan serta sukarelawan Yayasan.

ARTIKEL YANG SAMA