Payet mahu tinggalkan West Ham United

LONDON, 13 Jan – Pemain perancang West Ham United, Dimitri Payet telah memberitahu kelabnya mengenai kemahuannya untuk pergi dan tidak lagi mahu bermain untuk mereka, umum pengurus Slaven Bilic kelmarin.

Payet, 29, telah menyertai West Ham dari Marseille dengan yuran perpindahan yang dilaporkan sebanyak 10.7 juta pound pada tahun 2015, dan menjalani musim pertama yang menakjubkan, menjaringkan 12 gol dan 12 asis.

Tetapi West Ham yang kini berada di kedudukan ke-13 Liga Perdana dan di tengah-tengah spekulasi yang mengaitkannya dengan kembali ke Marseille, pemain antarabangsa Perancis itu mahu keluar.

“Kami sudah katakan bahawa kami tidak mahu menjual pemain-pemain terbaik kami, tetapi Dimitri Payet tidak mahu bermain untuk kami,” kata Bilic di sidang media.

Tetapi dia menambah: “Kami tidak akan menjualnya.”

Bilic telah mengarahkan Payet untuk tidak menjalani latihan dan berkata bahawa dia tidak akan diturunkan dalam perlawanan di lama sendiri menentang Crystal Palace.

Payet telah menandatangani satu kontrak baru selama lima tahun pada Februari tahun lepas dan Bilic akan marah dengan pendirian pemain itu. – AFP

Payet dilaporkan telah menjadi sasaran utama bagi jurulatih Marseille, Rudi Garcia, yang sebelum ini pernah melatih Payet di Lille antara 2011 dan 2013. – AFP