PB lahirkan graduan serba berkemahiran

PB lahirkan graduan serba berkemahiran

Oleh Yusrin Junaidi & Sim Y.H

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Politeknik Brunei (PB) bukan sahaja menawarkan pengajian kemahiran kepada pelajarnya, malahan ia juga mengayakan pelajarnya dengan program-program jasmani, rohani, akli, keagamaan, kenegaraan dan berpasukan yang menitikberatkan pembangunan diri dan personaliti melalui kepimpinan, keusahawanan dan kepentingan falsafah Melayu Islam Beraja.

Ini bagi memastikan pelajarnya dapat lulus dengan cemerlang, dan setakat ini 77 peratus daripada purata graduan di PB menunjukkan bahawa mereka merupakan graduan yang boleh memasuki pasaran pekerjaan dengan baik atau pun melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

PB menawarkan pelbagai program seperti Diploma dalam Perniagaan, Akaun dan Kewangan, Pengajian Perniagaan (AM), Keusahawanan, Pengurusan Sumber Manusia, Arkitek, Sains Teknologi (Teknolgi Makmal Kimia), Kejuruteraan Sivil, Komunikasi dan Sistem Kejuruteraan, Kejuruteraan Eletrik dan Elektronik, Rekaan Dalaman, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Petroleum.

Selain itu, ia juga menawarkan Diploma dalam Digital Media, Rangkaian IT dan Keselamatan, Sistem Informasi, Maklumat Perpustakaan dan Perkomputeran, Pembangunan Web, Sains Kesihatan dalam Kejururawatan,Perbidanan dan Paramedik.

Program-program ini berlangsung selama tiga tahun yang membantu dan membekalkan pelajar dengan kemahiran masa kini bagi keperluan sektor pekerjaan yang semakin mencabar.

ARTIKEL YANG SAMA