PBB, AU tingk...

PBB, AU tingkat kerjasama dalam pencegahan konflik

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 20 April – Ketua PBB dan Kesatuan Afrika kelmarin menandatangani rangka kerja bersama untuk meningkatkan perkongsian yang lebih baik bagi mengelakkan konflik dan mengekalkan keamanan di Afrika.

Menurut perjanjian itu, kedua-dua organisasi akan bekerjasama untuk bertukar-tukar maklumat mengenai punca konflik dan mengenal pasti bagaimana untuk menanganinya.

Dokumen tersebut juga meminta kedua-dua pihak untuk berkongsi maklumat amaran awal yang berpotensi dan menyediakan pilihan untuk bertindak balas.

Di samping itu, kedua-dua pihak akan mempertimbangkan pilihan untuk meningkatkan pembiayaan mapan dan fleksibel dalam operasi sokongan keamanan AU yang diterajui di bawah kebenaran Majlis Keselamatan PBB.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberitahu kepada pemberita di sini bahawa wawasan yang sama dan peningkatan kerjasama antara kedua-dua organisasi yang dikehendaki di bawah keadaan semasa untuk mengekalkan keamanan, menggalakkan pembangunan inklusif dan melindungi hak asasi manusia. Beliau berkata rangka kerja baru ini akan meningkatkan dan memperbanyakkan kerjasama dalam bidang ini.

Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika, Moussa Faki Mahamat, berkata masa telah tiba untuk membuat penilaian kritikal terhadap kelemahan dan kekuatan dalam operasi pengaman di benua Afrika. – Xinhua