PBB bantu Myanmar tingkatkan latihan polis

PBB bantu Myanmar tingkatkan latihan polis

YANGON, 17 Mei (Bernama) – Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) akan membantu polis Myanmar dalam usaha meningkatkan kurikulum latihan pasukan polis negara itu, menurut media rasmi lapor agensi berita China Xinhua pada Selasa.

Proses meningkatkan kurikulum itu akan diketuai UNODC, dijadual bermula pada 30 Mei dan dijangka selesai pada 31 Disember, kata wakil UNODC Jeremy Douglas.