PBB bidas ‘kemudahan tahanan’ penghijrah di Greece

PBB bidas ‘kemudahan tahanan’ penghijrah di Greece

GENEVA, 22 Mac – Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu hari ini mengkritik dengan hebat perjanjian Kesatuan Eropah (EU)-Turki dalam mengekang kemasukan penghijrah ke Greece, mengatakan pusat resepsi telah menjadi ‘kemudahan tahanan’, dan menangguhkan beberapa aktiviti di negara itu.

“Di bawah peruntukan baru, tapak-tapak ini telah menjadi kemudahan tahanan,” kata UNHCR dalam satu kenyataan. “Sewajarnya, dan sejajar dengan dasar kami yang menentang penahanan mandatori, kami telah menangguhkan beberapa aktiviti kami di semua pusat tertutup di pulau itu,” tambahnya.

EU dan Ankara memeterai perjanjian pada Jumaat bertujuan untuk mengurangkan penyeberangan laut dari Turki ke pulau Greece yang membolehkan 850,000 orang masuk ke Eropah tahun lepas, kebanyakan mereka lari daripada perang kejam di Syria.

Persetujuan itu, yang mana semua penghijrah mendarat di pulau Greece hadapi telah dihantar semula ke Turki, berkuat kuasa pada awal Ahad. – AFP