PBB buka laluan sekatan ke atas Iran

PBB buka laluan sekatan ke atas Iran

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), Amerika Syarikat, 20 Julai – Majlis Keselamatan PBB dijangka akan mengadaptasi resolusi hari ini yang akan membuka laluan bagi sekatan antarabangsa yang melumpuhkan ekonomi Iran untuk dibatalkan.

Undian itu yang ditetapkan pada 9 pagi (1300 GMT) hanya satu formaliti. Lima anggota tetap majlis itu, Britain, China, Perancis, Rusia dan AS tambah Jerman memeterai penandatangan perjanjian di Vienna pada Selasa begitu juga draf resolusi PBB. Teks itu melancarkan satu pembatalan sekatan bersyarat dan progresif, sebagai pertukaran bagi jaminan yang republik Islam itu tidak akan membina bom nuklear.

Jika lulus, ia akan menandakan sokongan rasmi PBB ke atas kemenangan itu, persetujuan bersejarah akan dicapai antara Iran dan kumpulan yang digelar P5+1 selepas 18 hari rundingan berterusan yang melitupi hampir dua tahun rundingan penting. Resolusi itu menuntut ‘implementasi penuh ke atas penubuhan jadual’ persetujuan itu dan menggesa negara-negara anggota PBB untuk memudahkan proses berkenaan.

Pemerhati nuklear PBB, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, perlu ‘menjalankan pengesahan perlu dan memantau komitmen nuklear Iran,” menurut teks tersebut. Komitmen berkenaan termasuk mengehadkan bilangan emparan bagi material boleh belah. Resolusi itu menuntut yang Iran ‘sepenuhnya bekerja-sama’ dengan IAEA.

Sebaik saja majlis menerima laporan IAEA yang mengesahkan bahawa program nuklearnya kini sepenuhnya bersifat damai, beberapa syarat tertentu daripada tujuh resolusi sekatan PBB ke atas Tehran akan dibatalkan. Resolusi itu mengharamkan perdagangan barangan atau perkhidmatan berkaitan dengan kegiatan nuklear Iran, membekukan aset kewangan para pegawai Iran dan syarikat, serta menempatkan embargo ke atas senjata konvensional dan peluru berpandu balistik.

Embargo atau sekatan berkenaan bagaimanapun, akan kekal selama lima tahun bagi senjata konvensional dan lapan tahun bagi peluru berpandu balistik. – AFP