PBB cadang perdamaian Libya

PBB cadang perdamaian Libya

SKHIRAT, Maghribi, 9 Okt (AFP) – Duta PBB Bernardino Leon mencadangkan kerajaan perpaduan Libya pada hari ini bertujuan menamatkan konflik bertahun-tahun lamanya, namun rancangan tersebut ditolak oleh anggota parlimen dua pembangkang negara.

Libya mempunyai dua pentadbiran sejak Ogos tahun lalu apabila gabungan militia yang termasuk pejuang Islam menakluki ibu negara, memaksa kerajaan yang diiktiraf antarabangsa itu berlindung di pelabuhan timur Tobruk.

Negara itu diselubunyi keadaan kucar-kacir setelah kejatuhan Muammar Gaddafi pada 2011, dengan kedua-dua pihak bersaing untuk berkuasa serta beberapa kumpulan bergelut untuk merampas kawalan ke atas kekayaan sumbernya.

“Selepas setahun mengusahakan proses ini, selepas bekerja dengan lebih 150 personaliti Libya dari semua rantau, akhirnya telah tiba saatnya di mana kami boleh mencadangkan sebuah kerajaan perpaduan nasional,” beritahu Leon pada persidangan akhbar di Maghribi.

Bernardino Leon mengadakan sidang akhbar di bandar Maghribi Skhirat pada 8 Oktober lalu bagi mengumumkan Libya telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negara baru. – AFP
Bernardino Leon mengadakan sidang akhbar di bandar Maghribi Skhirat pada 8 Oktober lalu bagi mengumumkan Libya telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negara baru. – AFP