PBB, Fiji rayu derma kilat

PBB, Fiji rayu derma kilat

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 6 Mac (NNN) – PBB dan kerajaan Fiji pada Jumaat melancarkan satu rayuan kilat kemanusiaan meminta AS$38.6 juta untuk menyediakan bantuan kecemasan kepada 350,000 orang yang terjejas oleh siklon tropika Winston yang melanda negara pulau itu pada bulan lalu, beritahu jurucakap PBB kepada wartawan di sini.

Siklon membunuh lebih daripada 40 orang, dan kira-kira 54,000 orang yang kehilangan tempat tinggal masih berlindung di 960 pusat pemindahan, kata penolong jurucakap PBB Farhan Haq pada satu taklimat berita harian.

“Rayuan Kilat telah menerima pembiayaan sebanyak AS$8 juta daripada Dana respons Kecemasan PBB atau CERF,” kata Haq, menambah setiausaha agung PBB untuk hal ehwal kemanusiaan Stephen O’Brien berkata rayuan membolehkan rakan melancarkan respon keselamatan kepada masyarakat yang terjejas oleh siklon.

Winston, siklon tropika paling teruk yang dicatat di Hemisfera Selatan, melanda negara pulau Pasifik pada 20 Februari, meragut lebih 40 nyawa dan menjejaskan 40 peratus daripada jumlah penduduk.

Sementara data menyeluruh mengenai kerosakan masih dikumpulkan, anggaran awal menandakan pelbagai tahap pemusnahan, dengan 100 peratus bangunan musnah di beberapa buah pulau.

Ratusan buah sekolah turut rosak atau musnah, kemudahan kesihatan rosak teruk dan sektor pertanian menghadapi kerugian berjumlah kira-kira AS$56 juta.

“Tidak ada kawasan yang tidak terjejas, dan kebanyakan kawasan luar bandar dan laut menerima kesan paling teruk siklon Winston,” kata Nazhat Shameem Khan, wakil tetap Fiji ke PBB di Geneva. Di pulau Koro sahaja, lebih daripada 3,000 orang kehilangan tempat tinggal, dengan 21 peratus daripada haiwan ternakan mati.

“Ia adalah kerugian teruk untuk Fiji, dan kerugian akan disusuli oleh kerugian jangka panjang kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial Fiji,” kata Khan.

“Kami telah menerima tamparan hebat dalam infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan pertanian.”

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bersama dengan rakan kemanusiaannya, sedang menyokong Fiji dalam respons mereka kepada bencana.

ARTIKEL YANG SAMA