PBB gesa Iran buat tindakan berhemah

PBB gesa Iran buat tindakan berhemah

BANGSA-BANGSA BERSATU, 11 Mac (Reuters) – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB, Ban Ki-moon telah bertindak balas kepada ujian peluru berpandu balistik baru-baru Iran dengan menggesa Tehran untuk berhenti dan bertenang bagi mengelakkan ketegangan serantau, kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric semalam.

“Dalam suasana politik semasa di rantau Timur Tengah, dan tidak lama selepas berita positif dalam penarikan sekatan terhadap Iran, Setiausaha Agung merespon… Iran hendaklah bertindak dengan sewajarnya, berhati-hati dan peka agar tidak meningkatkan ketegangan melalui tindakan yang terburu-buru, “Dujarric memberitahu kepada pemberita.

Satu siri ujian peluru berpandu balistik minggu ini yang dijalankan oleh unit Pengawal Revolusi Iran telah menarik perhatian antarabangsa. Amerika Syarikat, Perancis dan negara-negara lain berkata pelancaran nuklear peluru berpandu balistik itu jika disahkan akan melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Dujarric berkata terpulang kepada majlis 15 negara untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan resolusi 2231, yang menyeru Iran untuk ‘tidak menjalankan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan peluru berpandu balistik yang direka dalam memberikan senjata nuklear, termasuklah pelancaran menggunakan teknologi peluru berpandu balistik.“

Amerika Syarikat telah berkata ujian peluru berpandu Iran tidak melanggar syarat-syarat perjanjian nuklear bersejarah antara Tehran dan enam kuasa-kuasa besar, dan juga resolusi 2231, yang diterima pakai pada bulan Julai 2015, hasil daripada kesepakatan bersama. Sekatan peluru berpandu PBB dan sekatan senjata ke atas Iran secara teknikalnya tidak termasuk dalam sebahagian perjanjian nuclear tersebut.

Diplomat Majlis mengatakan mereka terlebih dahulu menunggu pengesahan daripada agensi perisikan negara sama ada peluru berpandu Iran yang telah dilancarkan itu adalah nuklear. Mereka juga mengatakan bahawa Rusia dan China, yang menentang keatas penerusan sekatan ke atas program peluru berpandu Iran itu mungkin akan menghalang tindakan majlis.

Kementerian Luar Iran berkata pada Rabu lalu bahawa ujian itu tidak melanggar perjanjian nuklear, yang membawa kepada penarikan sekatan pada bulan Januari lalu.

Diplomat Barat berkata resolusi 2231, yang membuat ’panggilan kepada’ Iran agar bertahan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti peluru berpandu balistik tertentu, yang tidak disahkan bagi pelancaran peluru berpandu nuklear di Tehran dan ianya adalah larangan yang jelas.

ARTIKEL YANG SAMA