PBB gesa Turki buka sempadan

PBB gesa Turki buka sempadan

BEIRUT, 10 Feb – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Turki supaya membenarkan masuk puluhan ribu rakyat Syria yang melarikan diri dari serangan rejim sekitar Aleppo semalam, dan juga menggesa Rusia supaya menamatkan serangan udara sebelum usaha damai baru.

Sehingga 31,000 orang lari meninggalkan Aleppo dan kawasan sekitar sejak minggu lalu apabila pasukan kerajaan yang dibantu oleh pesawat perang Rusia meneruskan serangan yang mengancam akan mengepung bahagian timur bandar kedua Syria yang dikuasai pemberontak.

“Keperluan tertinggi dan respons terbaik kemanusiaan ialah pengeboman dihentikan,” ketua bantuan PBB Stephen O’Brien berkata, apabila ditanya jika Rusia seharusnya menghentikan kempen udaranya di Aleppo. “Semua pengeboman seharusnya dihentikan.”

Jurucakap agensi orang pelarian PBB(UNHCR) William Spindler menggesa Turki membuka sempadannya kepada “semua orang awam dari Syria yang melarikan diri dari bahaya dan mencari perlindungan antarabangsa.”

Ramai warga Syria, kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak berhari-hari menantikan di penyeberangan sempadan Oncupinar ke Turki, tidur di tempat terbuka atau di dalam khemah yang penuh sesak.

Orang ramai menunggu di sempadan untuk mengambil kesempatan terhadap trak yang masuk ke Syria dan kembali ke semula ke Turki. – AFP
Orang ramai menunggu di sempadan untuk mengambil kesempatan terhadap trak yang masuk ke Syria dan kembali ke semula ke Turki. – AFP

Ahmad al-Mohammad, pekerja luar bagi kumpulan bantuan perubatan, Doktor Tanpa Sempadanm, yang dikenali dengan parap Perancis, MSF, berkata keadaan orang ramai mengakibatkan masalah kesihatan termasuklah cirit birit.

“Tidak ada tempat mencukupi bagi keluarga-keluarga untuk tidur,” dia memberitahu AFP. “Kebanyakan keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang.”

Turki, yang telah pun menerima 2.5 juta warga Syria, memberikan bekalan di seberang sempadan tetapi berkata ia akan membenarkan ketibaan baru masuk hanya ‘jika perlu.’

Timbalan Perdana Menteri Numan Kurtulmus berkata ‘senario teruk’ mungkin menyaksikan sehingga 600,000 orang pelarian tiba di sempadan.

“Matlamat kami buat masa ini mengekalkan gelombang penghijrah di sebelah lain sempadan Turki sebanyak mungkin, dan untuk menyediakan mereka dengan perkhidmatan yang perlu di sana,” kata Kurtulmus. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA