PBB hantar bantuan ke Syria

PBB hantar bantuan ke Syria

DAMSYIK, 17 Feb – Konvoi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan bagi menghantar bantuan kepada ribuan warga Syria yang dikepung akan membuat perjalanan hari ini, namun harapan bagi keamanan kekal pudar sehari selepas Turki mengerahkan operasi darat di negeri jiran yang dilanda peperangan itu.

Kerajaan Syria telah meluluskan akses ke tujuh kawasan yang dikepung, termasuk bandar Madaya di mana puluhan orang dianggap mati akibat kelaparan, seorang jurucakap bagi hal ehwal kemanusiaan PBB.

Berkata di Damsyik, utusan PBB Staffan de Mitsura berkata konvoi bantuan akan dihantar hari ini dalam apa akan dijadikan ujian sama ada pihak-pihak berperang akan membenarkan bekalan-bekalan kemanusiaan.

“Ia adalah tugas kerajaan Syria yang mahu untuk mencapai setiap warga Syria di mana saja mereka berada dan membenarkan PBB untuk membawa bantuan kemanusiaan.

“Esok kami menguji ini,” dia berkata kelmarin.

Konvoi bantuan Bulan Sabit Merah yang kini dalam perjalanan menuju Syria. – AFP
Konvoi bantuan Bulan Sabit Merah yang kini dalam perjalanan menuju Syria. – AFP

Hampir separuh juta orang di Syria berada dalam kawasan-kawasan yang dikepung, menurut PBB, selepas hampir lima tahun perang saudara di antara kerajaan Syria dan pasukan-pasukan pemberontak.

Satu sumber Bulan Sabit Merah menyatakan konvoi pertama akan membuat perjalanan ke kawasan dikepung pemberontak di perkampungan Syiah di Fuaa dan Kafraya di utara, dan ke Madaya dan Zabadani, yang dikepung oleh tentera.

Membenarkan bantuan kemanusiaan adalah elemen penting dalam rundingan-rundingan untuk meraih gencatan senjata di seluruh kawasan Syria yang terjejas dengan perang, namun kedua-dua pihak telah menimbulkan keraguan sama ada ia akan dapat dilaksanakan.

Tujuh belas kuasa dunia bersetuju bagi “pemberhentian permusuhan” seluruh negara di Syria dalam masa seminggu di bawah perjanjian yang dipersetujui di Munich Khamis lepas untuk mengakhiri peperangan yang telah mengorbankan lebih daripada 260,000 orang.

Namun pengeboman yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima pusat kemudahan perubatan dan dua sekolah di utara Syria musnah, yang mana PBB berkata Isnin lepas telah mengorbankan 50 orang termasuk kanak-kanak, telah memudarkan harapan bagi gencatan senjata.

Di bawah perjanjian itu, satu pusingan baru rundingan damai akan diadakan di Geneva pada 25 Februari. – AFP