PBB hos rundingan Syria di Geneva tahun depan

PBB hos rundingan Syria di Geneva tahun depan

GENEVA, 23 Dis (AFP) – Pusingan rundingan seterusnya bertujuan untuk mengurangkan keganasan di Syria yang dilanda perang akan diadakan di Ibu Pejabat Eropah PBB di Geneva awal tahun depan, menurut jurucakap PBB kelmarin.

“Rundingan itu akan diadakan di Geneva, namun kami tidak mempunyai tarikh yang sebenar,” kata jurucakap PBB, Rheal LeBlanc memberitahu AFP.

Minggu lalu, Majlis Keselamatan PBB memberi sokongan sebulat suara bagi rancangan untuk menamatkan perang saudara kejam Syria dengan memanggil para pemberontak dan rejim ke meja rundingan.

Dengan sokongan penting dari Amerika Syarikat dan Rusia, pelan itu berhasrat untuk mengenakan gencatan senjata di Syria, kemungkinan pada Januari, apabila rundingan itu juga akan bermula.

Utusan khas PBB bagi konflik hampir lima tahun itu, Staffan de Mistura, mengatakan minggu lalu, dia akan menghantar undangan bagi rundingan bulan depan.