PBB isytihar Rohingya hadap genosid dan krisis kemanusiaan

GENEVA, 6 Dis – Minoriti Rohingya Myanmar ‘berkemungkinan besar’ berdepan jenayah kemanusiaan dan kemungkinan berlaku genosid, angkara pasukan keselamatan Myanmar dan para pembantu mereka, menurut pegawai tertinggi PBB dan badan tertinggi hak asasi kemanusiaan PBB semalam.

Ulasan itu dibuat pada sesi penting Majlis Hak Asasi Kemanusiaan 47 Anggota dengan ramai yang meluluskan resolusi yang mengatakan jenayah kemanusiaan ‘berkemungkinan besar’ berlaku di Myanmar ke atas kumpulan minoriti Islam sejak tindakan keselamatan bermula pada Ogos lalu.

Krisis itu telah mengakibatkan bilangan orang Rohingya yang tidak terkira jumlahnya terbunuh dan tercedera dan memaksa lebih 626,00 orang melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh.

 

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

http://digital.mediapermata.com.bn