PBB kenakan sekatan ke atas 4 jihad IS

PBB kenakan sekatan ke atas 4 jihad IS

LONDON, 29 Sept (AFP) – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengenakan sekatan ke atas empat warga Britain yang dituduh bertempur atau merekrut kumpulan Islamic State (IS) di Syria, menurut kerajaan Britain hari ini.

Dua wanita dan dua lelaki tersebut akan berdepan sekatan perjalanan dan pembekuan aset, dalam usaha untuk tidak menggalakkan yang lain meninggalkan Britain untuk menyertai kumpulan jihad, yang telah menguasai sebahagian besar kawasan Syria dan Iraq.

“Kami akan melakukan segala yang terdaya untuk menghentikan rakyat Britain daripada pergi berjuang untuk ISIL,” kata jurucakap Perdana Menteri, David Cameron, dengan menggunakan istilah lain bagi IS.

“Sekatan-sekatan ini adalah alat yang berkuasa – pembekuan aset individu dan mengenakan larangan perjalanan global ke atas mereka … memberi mesej pencegahan yang jelas.”

Sekitar 700 rakyat Britain dikatakan telah membuat perjalanan untuk menyertai pelampau di rantau ini yang mana kumpulan IS telah meluaskan pengaruhnya di tengah-tengah huru-hara yang disebabkan oleh perang saudara yang melanda Syria yang telah membunuh 240,000 pelarian dan menempatkan berjuta-juta yang lain.