PBB perketat kewangan IS

PBB perketat kewangan IS

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), Amerika Syarikat, 17 Dis – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengemukakan sokongannya hari ini berhubung langkah yang disokong AS pada Majlis Keselamatan PBB untuk mengenakan sekatan ke atas kumpulan Islamic State (IS) dan memotong aliran pendapatannya.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob Lew akan mengetuai mesyuarat menteri-menteri kewangan yang pertama kali bagi majlis itu untuk pengundian yang muncul di tengah-tengah tekanan diplomatik untuk menamatkan perang di Syria, yang mana jihad IS mengawal sebahagian besar wilayah itu dan telah mengukuhkan bandar de facto mereka.

Resolusi draf itu dijangka akan mendapat sokongan besar dari 15 anggota majlis, termasuk Rusia, sekutu Syria yang kini dalam bulan ketiga dalam kempen udaranya menyokong Presiden Bashar Al-Assad.

“Kami menyokong inisiatif dari Amerika Syarikat termasuk persediaan bagi resolusi Majlis Keselamatan PBB ke atas Syria,” kata Putin kepada para wartawan semasa sidang berita tahunan.

Pemimpin Rusia itu mengatakan dia telah membincangkan resolusi draf itu dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry awal minggu ini.

Langkah itu akan membina resolusi sebelumnya yang diwujudkan untuk menyenaraihitamkan Al-Qaeda, yang akan dinamakan ‘ISIL (Daesh) dan senarai sekatan Al-Qaeda’ untuk menandakan fokus utama PBB ke atas pelampau IS.

Ia menyeru kerajaan untuk memastikan yang mereka telah mengadaptasi undang-undang yang menyatakan membiayai IS dan pejuang asing yang menyertai setaraf dengannya adalah merupakan satu kesalahan jenayah yang serius.

Langkah terbaru akan mengehendaki semua negara untuk melaporkan dalam masa 120 hari atas langkah-langkah yang diambil untuk menyasarkan kewangan IS.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon akan diminta untuk menyediakan laporan dalam masa 45 hari ke atas ancaman IS dan aliran pendapatannya.

Selepas mesyuarat menteri-menteri kewangan hari ini, Majlis Keselamatan pada esok akan membawa bersama menteri-menteri luar negeri untuk mengadaptasi resolusi berasingan yang menyokong langkah ke arah peralihan politik di Syria untuk menamatkan perang hampir lima tahun itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA