PBB perlu reformasi

PBB perlu reformasi

NEW DELHI, 30 Okt (NNN) – Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, yang kini Pengerusi Kesatuan Afrika (AU) menyifatkan Majlis Keselamatan PBB yang didominasi oleh lima pemenang Perang Dunia II sebagai cacat dan perlukan reformasi segera untuk menjadikannya contoh yang lebih baik.

Berucap pada Sidang Mesyuarat Forum India-Afrika kali ke tiga di sini semalam, beliau mengatakan Afrika dan India, yang mempunyai sepertiga penduduk dunia, tidak mempunyai perwakilan tetap ke pertubuhan PBB berpengaruh itu.

AU berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya dua kerusi tetap yang mempunyai kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB. Negara-negara lain, termasuklah Brazil, India dan Jepun juga berusaha mendapatkan kerusi serupa, dengan mewakili benua masing-masing.

Bagaimanapun, tuntutan reformasi yang lama berjalan itu sekeras-kerasnya ditentang oleh AS dan sekutu-sekutu Eropahnya, iaitu Britain dan Perancis, yang bersama-sama mendominasi Majlis Keselamatan PBB bertahun-tahun lamanya.

Presiden Zimbabwe semasa berucap pada Sidang Mesyuarat Forum India-Afrika III di New Delhi semalam. – Reuters
Presiden Zimbabwe semasa berucap pada Sidang Mesyuarat Forum India-Afrika III di New Delhi semalam. – Reuters

“PBB, adakah ia benar-benar menyatukan kita?” Ya, ia telah menyatukan kita dalam jenis forum yang mana sebilangannya besar dan yang lain adalah kecil.” Presiden Mugabe berkata. “Kami kecil di PBB, tetapi mengapa seharusnya kami menerimanya.”

“Kami ada India bersama kami. India mempunyai 1.2 bilion penduduk, kini kami Afrika dan kami India mempunyai sepertiga penduduk di dunia ini, pastinya sepertiga penduduk di dunia ini yang di PBB dilayan seperti kanak-kanak – kami katakan tidak.

“Sepertiga penduduk dunia mesti dihormati, haknya mesti dihormati. Kamu, yang menggelarkan diri kamu sendiri anggota tetap, pertubuhan ini lemah, ia mesti menerima kesamaan sebenar, kami tidak sama dan kami katakan tidak kepada ketidaksamaan itu.

ARTIKEL YANG SAMA