PBB peroleh lesen bank milik asing 100 peratus di Vietnam

PBB peroleh lesen bank milik asing 100 peratus di Vietnam

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) – Public Bank Bhd (PBB) menerima lesen bank milik asing 100 peratus daripada State Bank of Vietnam (SBV) susulan pengambilalihan baki 50 peratus modal ekuiti dalam VID Public Bank (VPB).

PPB dalam satu kenyataan berkata berkuat kuasa 1 April, VPB akan menjadi unit milik penuhnya dan akan dinamakan sebagai Public Bank Vietnam Ltd (PBVN).

Mengikut terma lesen bank milik asing, PBVN diberikan tempoh operasi selama 99 tahun.

Pengasas/Pengerusi Public Bank Group, Tan Sri Teh Hong Piow berkata, PBB merupakan antara bank pertama menubuhkan bank usaha sama di Vietnam dan meraih keuntungan sejak penubuhan bank tersebut.

Beliau berkata pemberian lesen itu merupakan satu kejayaan penting kepada bank tersebut.