PBB puji peralihan kuasa secara ‘aman’ di Nigeria

PBB puji peralihan kuasa secara ‘aman’ di Nigeria

ABUJA, 24 Ogos (AFP) – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam memulakan lawatan dua hari ke Nigeria ketika berlakunya serangan hendap Boko Haram ke atas ketua tentera, sambil berkata kini “masa untuk harapan” meskipun peningkatan tindakan melampau.

Usaha memerangi keganasan oleh kumpulan Islam dijangka tinggi dalam agenda ketika ketua PBB itu mengadakan rundingan dengan Presiden Muhammadu Buhari, yang pemilihannya pada Mei mencetuskan kebangkitan besar-besaran dalam serangan kumpulan jihad.

“Di seluruh dunia, kita menyaksikan keadaan yang tidak selamat, ketidaksamarataan dan peningkatan jurang perbezaan,” Ban memberitahu pertemuan tertutup dengan gabenor-gabenor negeri di Abuja, menurut kenyataan PBB.

“Di sini di Nigeria, anda tahu semua cabarannya – termasuk peningkatan kumpulan melampau dan kekurangan peluang yang sama rata.

Ban Ki-moon beramah tamah dengan pada ibu dan anak damit mereka ketika lawatan ke sebuah klinik kesihatan keluarga di Abuja, pada 24 Ogos 2015. – AFP
Ban Ki-moon beramah tamah dengan pada ibu dan anak damit mereka ketika lawatan ke sebuah klinik kesihatan keluarga di Abuja, pada 24 Ogos 2015. – AFP

“Saya tahu ini adalah cabaran yang amat penting terutama di kalangan para gabenor di timur laut…Ini juga adalah masa harapan. Saya memuji anda semua serta para pemimpin Nigeria kerana peralihan kuasa demokratik yang berjalan dalam suasana aman dan damai.”

Ban mendarat di lapangan terbang antarabangsa Abuja hanya beberapa jam selepas tentera mendedahkan para pejuang Boko Haram menyerang hendap konvoi membawa Ketua Staf Tentera Nigeria Leftenan Jeneral Tukur Buratai.

Pegawai kanan itu, yang tidak mengalami kecederaan, sedang melakukan lawatan pasukan tenteranya semalam apabila pemberontak menyerang di kampung Faljari, 45 kilometer di timur Maiduguri, ibu negeri Borno, jurucakap tentera Sani Usman berkata dalam satu kenyataan.

ARTIKEL YANG SAMA