PBB serah peta asal kepada Kemboja

PBB serah peta asal kepada Kemboja

PHNOM PENH, Kemboja, 21 Ogos (Agensi)  – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyerah peta asal kepada Kemboja semalam selepas Perdana Menteri Hun Sen memintanya pada bulan lalu untuk mengesahkan ketulenan peta yang digunakan oleh kerajaannya untuk menandakan garisan sempadan dengan Vietnam.

Mereani Keleti Vakasisikakala, pemangku presiden Perpustakaan Dag Hammarskjold PBB, menyerah peta tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri Kemboja dan Menteri Luar Hor Namhong pada satu majlis di sini.

Hun Sen meminjam peta itu daripada PBB untuk mengesahkan peta yang digunakan oleh kerajaannya untuk menandakan garisan sempadan dengan Vietnam selepas ahli-ahli parlimen pembangkang Parti Bantuan nasional kemboja (CNRP) menuduh kerajaan menggunakan peta yang salah untuk menandakan garisan sempadan dengan Vietnam.

Hor Namhong berkata pengesahan peta adalah bertujuan menjelaskan semua keraguan dan menunjukkan kepada orang awam bahawa peta yang digunakan oleh kerajaan adalah tulen.

Selepas majlis penyerahan, peta daripada PBB dan peta kerajaan telah pun disahkan sama ada mereka adalah sama atau berlainan.

Wakil PBB (kiri) menyerahkan peta asal Kemboja kepada Menteri Luar Kemboja. – AFP
Wakil PBB (kiri) menyerahkan peta asal Kemboja kepada Menteri Luar Kemboja. – AFP

“Kami semua telah melihat bahawa semua peta adalah sama,” umum Hor Namhong selepas pengesahan peta selama dua jam.

“Ia jelasnya menunjukkan bahawa peta kerajaan adalah tulen.”

Jurucakap pembangkang CNRP Ou Chanrith, yang menghadiri majlis, memberitahu wartawan selepas acara bahawa masih terlalu awal untuk parti menyimpulkan sama ada peta daripada PBB dan peta kerajaan adalah sama atau berbeza.