PBB sokong bendera Palestin dikibarkan

PBB sokong bendera Palestin dikibarkan

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, Amerika Syarikat (AS), 10 Sept– Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini dijangka akan membenarkan rakyat Palestin mengibarkan bendera mereka di ibu pejabatnya di New York dalam satu pergerakan simbolik yang menunjukkan hasrat rakyat Palestin memiliki negara sendiri.

Perhimpunan Agung itu akan mengundi pada jam 3:00 petang (1900 GMT) mengenai draf resolusi di mana diplomat-diplomat berkata adalah hampir pasti untuk menghimpunkan majoriti dalam forum 193 buah negara.

“Ia adalah perkara simbolik, tetapi satu langkah untuk mengukuhkan tunjang negara Palestin dalam arena antarabangsa,” kata Riyad Mansour, perwakilan Palestin ke PBB.

Resolusi itu akan membenarkan bendera-bendera negara Palestin dan Holy See – yang keduanya mempunyai status pemerhati bukan ahli – untuk dikibarkan bersama–sama dengan negara-negara ahli.

Jika dipersetujui, PBB mempunyai masa 20 hari untuk melaksanakan langkah itu, yang mana tepat pada masa bagi kunjungan dari presiden Mahmud Abbas pada 30 September.

Mansour berkata inisiatif itu mempunyai potensi untuk “memberikan rakyat kami harapan yang sama, yang mana komuniti antarabangsa masih memberikan sokongan kemerdekaan kepada negara Palestin.

“Banyak perkara tandus, kelam, proses politik terhenti, Gaza lemas. Resolusi bendera itu adalah seperti cahaya kecil lilin untuk mengekalkan harapan bagi rakyat Palestin.”

Diplomat-diplomat berkata satu-satunya yang tidak diketahui adalah bagaimana banyaknya sokongan bagi resolusi itu, dan terutamanya sikap-sikap Eropah yang berbelah bahagia mengenai inisiatif itu.

Israel dan AS menyuarakan bantahan kuat, dengan duta besar Israel ke pertubuhan itu, Ron Prosor menyelar “usaha berani untuk merampas PBB.”

Prosor minggu ini mendakwa Palestin cuba untuk “mendapatkan kemudahan dan matlamat yang tidak bermakna di PBB.”

Dia telah meminta Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan presiden Perhimpunan Agung, Ron Kutesa untuk menghalang langkah itu, yang akan melanggar peraturan PBB mengibarkan satu-satunya bendera negara-negara ahli.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Mark Toner menggelarnya usaha “tidak produktif” untuk mendapatkan dakwaan di luar penyelesaian yang dirundingkan.

Abbas dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu adalah di antara pemimpin-pemimpin dunia yang bertumpu di ibu pejabat PBB dari 25 September bagi kemuncak anti kemis-kinan dan perdebatan Perhimpunan Agung. – AFP